Monday, 27 April 2015

Hukum Pelaburan Yang Dijalankan Oleh Syarikat Mecca Fund Global

Sumber: E Fatwa

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-107 yang bersidang pada 10 - 11 Februari 2015 membincangkan Hukum Pelaburan Yang Dijalankan Oleh Syarikat Mecca Fund Global. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:
 
  1. Setelah meneliti fakta-fakta, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan Muzakarah menegaskan bahawa terdapat beberapa syarat bagi kontrak mudharabah yang sah mengikut syarak, iaitu antaranya:
Kebebasan menjalankan urusan tanpa tertakluk kepada syarat tertentu.
Pelaburan mestilah bersifat terbuka dan sesuatu pelaburan dianggap tidak sah jika pelabur menetapkan pengusaha perlu membeli barang tertentu contohnya, sejadah, atau barangan jenis tertentu daripada orang tertentu.
 
Keuntungan hanya dikongsi antara pelabur dan pengusaha.
Keuntungan yang dihasilkan mesti dikongsi bersama oleh pelabur dan pengusaha. Pelabur akan mengambil hasil pelaburan modalnya, sementara pengusaha akan memperoleh hasil usahanya.
 
Pengusaha mestilah bebas menguruskan modal dan bekerja.
Kontrak pelaburan dianggap tidak sah jika wujud syarat yang menetapkan pelabur perlu bekerja bersama pengusaha.
 
  1. Muzakarah mendapati bahawa pelaburan yang dijalankan oleh Syarikat Mecca Fund Global ini bertentangan dengan prinsip sebenar mudharabah dalam Islam, iaitu antaranya pelabur perlu membeli lot yang ditawarkan oleh pemilik syarikat,  akan berlaku kehilangan modal dan  berlaku ketidakpastian terhadap kadar keuntungan dan modal. Selain itu, pelaburan yang dijalankan juga bertentangan dengan undang-undang yang terpakai di Malaysia iaitu melakukan perbuatan mengambil deposit secara haram.
     
  2. Sehubungan itu, berdasarkan perkara-perkara tersebut, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa Pelaburan yang dijalankan oleh Mecca Fund Global adalah tidak mengikut prinsip mudharabah yang sebenar dan tidak sah mengikut hukum syarak. Pelaburan yang dijalankan juga didapatimelanggar undang-undang negara kerana mengambil deposit daripada pelabur tanpa kebenaran Bank Negara Malaysia (BNM).
     
  3. Muzakarah juga menasihatkan umat Islam supaya tidak terlibat dalam skim pelaburan oleh Mecca Fund Global ini.

Thursday, 23 April 2015

Melabur Unit Trust Melalui Fundsupermart

Summarize all things:
  1. Latest information
  2. Lowest sales charge. Sales charge serendah 2% (rata-rata syarikat Unit Trust lain mengenakan sales charge utk pelaburan awal dan tambahan sebanyak 5-6%). Jadi boleh jimat kos disini dapat lebih banyak unit. *GST dikenakan keatas jumlah sales charge.
  3. Pelaburan awal serendah RM100 (ikut fund) dan rata-rata pelaburan awal RM1000.
  4. Pelaburan tambahan RM10 bagi pelaburan awalnya RM100 dan RM100 bagi pelaburan awalnya RM1000.
  5. Pembukaaan akaun percuma, segala transaksi secara online. Dan bagi yg membuka akaun dan akaun telah diaktifkan akan menerima promosi sales charge 1%. (Daftar di sini)

Bila dah berjaya mendaftar anda akan

Anda boleh membeli Fund yg anda tahu potensi pulangan (sales charge 1% untuk sebulan selepas akaun anda diaktifkan). Pembelian Fund boleh dilakukan bila akaun anda telah diaktifkan.


Anda juga boleh menjual Fund yang anda beli (tiada sales charge dikenakan, jika ada Fund yang ada sahaja). Duit akan dikreditkan ke akaun Bank yang anda daftarkan dalam sistem.

Anda boleh lihat pulangan sebenar. Profit in RM dan Profit in %.



Saturday, 11 April 2015

Program Skim Piramid UFUN Club & UTOKEN Di Serbu

Dari WangCyber


Pihak polis Thailand telah menahan 3 orang eksekutif UFUN Store Co. Ltd , kerana didakwa menjalankan operasi skim piramid yang melibatkan 14,700 orang di Thailand, Malaysia serta Indonesia dengan kerugian, dianggarkan bernilai 10 billion bath (~RM1 billion)

Pihak polis Thailand juga masih memburu tiga rakyat Malaysia yang dipercayai turut menjadi dalang terhadap skim tersebut. Tiga orang suspek tersebut ialah Tae Kim Leng, 40, pemegang saham dan pengarah; Lee Kuan Ming, 38, seorang pengarah; Wong Ching Hua, 42, pemegang saham dan pengarah


Rittidej Warong dari Si Sa Ket, 40, ditahan di kediamannya di daerah Khan Na Yao di Bangkok pagi ini. Beliau merupakan seorang peguam, dan pemegang 51% saham syarikat. 
Rattavich Thiti-arunwat, 34, pula telah ditahan ketika berada di ruamahnya di Chiang Mai. Polis turut merampas dua buah kereta mewah, sedozen bag berjenama serta lebih 40 buah jam tangan mewah di rumahnya di daerah Bang Kapi Bangkok. Rattavich, adalah ketua kumpulan paling atas di dalam perniagaan tersebut, beliau mendakwa perniagaannya adalah sah dan telah merancang untuk memperluaskannya ke luar negara.

Chaithorn Thonglorlert, 40, ditahan di kediamannya di Bang Na, wilayah Samut Prakan. Polis turut merampas slip pemindahan wang berjumlah ratusan ribu baht setiap satunya dan wang kertas ringgit di sana. Beliau adalah salah seorang pemegang saham syarikat.

Di dalam satu taklimat yang disampaikan oleh Ketua Polis, Somyot Poompanmoung di ibu pejabat syarikat tersebut di Bang Na selepas serbuan , beberapa orang telah memfailkan aduan terhadap syarikat tersebut melalui pusat bantuan kerajaan selepas mereka tidak menerima saham dan keuntungan mereka seperti yang dijanjikan sejak tahun 2014. 
“Pihak kami telah meneliti perniagaan ini dan mendapati ia sebenarnya adalah satu skim piramid. Jadi, pihak kami telah membatalkan lesen korporat mereka pada 8 April lalu dan telah mendapatkan waran tangkap terhadap lapan pemegang saham dan pengarah syarikat tersebut, tiga daripada mereka adalah warganegara Thai,” kata Pol Gen Somyot.
UFun membuat wang dengan memujuk orang ramai untuk melabur dengan pihak mereka melalui laman web dan saluran dalam talian yang lain. 
Ia menawarkan lima kedudukan pelaburan: satu-bintang ($ 500), dua bintang ($ 1,000), tiga bintang ($ 5,000), empat bintang ($ 10,000) dan lima bintang ($ 50,000). Selepas menjadi ahli, pelanggan akan mendapat mata untuk diskaun apabila membeli produk.
Ahli-ahli juga diminta untuk memujuk orang lain untuk menyertai pasukan mereka dengan membeli UToken, iaitu mata wang maya khas yang digunakan untuk membeli produk syarikat. 
“Kami mendapati syarikat tersebut langsung tidak menyebut tentang produk ketika membuat jualan . Sebaliknya, ia menggesa pelanggan untuk mengembangkan pasukan masing-masing dengan menawarkan pulangan barangan bernilai tinggi seperti kereta atau bar emas. Dengan cara itu, wang keuntungan yang dinana adalah datang daripada ahli-ahli baru dan bukannya daripada menjual produk,” katanya lagi.


Punca Graduan (Belia) Muflis Di Usia Muda

  1. Berbelanja mengikut kehendak. Gaya hidup di luar kemampuan sering menjadi punca utama masalah kewangan yang semakin meruncing dalam kalangan remaja.
  2. Kos sara hidup yg kian meningkat juga menjadi faktor utama masalah kewangan dalam kalangan mereka.
  3. Penggunaan kad kredit tanpa had. Kebanyakan kes yang berlaku disebabkan kegagalan membayar balik hutang kad kredit yang tinggi dan di luar kemampuan mereka.
  4. Perancangan kewangan yang lemah dan kurangnya pengetahuan mengenai pengurusan wang menjadi faktor utama masalah hutang.
  5. Hutang tambah hutang (buat pinjaman baru untuk menyelesaikan hutang lama).
Ketua Jabatan Pendidikan Kewangan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Mohd Adnan Anan Abdullah berkata ramai individu yang merujuk agensi itu untuk mendapatkan khidmat nasihat apabila tidak mampu menyelesaikan hutang akibat perbuatan itu.
    
"Sebagai contoh, graduan yang baru bekerja mendapat gaji RM2,000 sebulan dan membeli kereta dengan ansuran bulanan RM500 hingga RM600, tanpa mengambil kira kos lain yang perlu ditanggung seperti minyak, penyelenggaraan dan insurans. Jadi mereka akan guna kad kredit untuk tampung kos tersebut.
    
"Apabila hutang kad kredit meningkat, ada pula yang buat pinjaman peribadi ekspres yang mempunyai kadar faedah tinggi untuk selesaikan hutang kad kredit.

Inilah yang dikatakan 'gali lubang tutup lubang' yang akhirnya tiada kesudahan," katanya kepada Bernama.

Monday, 6 April 2015

Permohonan Biasiswa YDPA 2015 telah dibuka


BIASISWA YANG DI-PERTUAN AGONG SESI PENGAJIAN 2015/2016 JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

1. Permohonan adalah dipelawa daripada semua warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon Biasiswa Yang di-Pertuan Agong Sesi Pengajian 2015/2016 bagi mengikuti pengajian di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah di dalam dan luar negara dalam bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi, Undang-undang dan Kewangan Islam.

2. Keterangan mengenai Program Biasiswa Yang di-Pertuan Agong Sesi Pengajian 2015/2016, syarat-syarat permohonan dan panduan permohonan boleh diperolehi dengan melayari portal www.jpa.gov.my atau http://esilav2.jpa.gov.my mulai tarikh iklan ini disiarkan.

3. Borang permohonan hendaklah diisi secara dalam talian (on-line) melalui portal www.jpa.gov.my atau http://esilav2.jpa.gov.my mulai jam 5.00 petang, 6 April 2015.

4. Tarikh tutup permohonan dalam talian (on-line) Biasiswa Yang diPertuan Agong Sesi Pengajian 2015/2016 ialah pada 17 April 2015 dan tarikh akhir bagi mengemukakan borang permohonan ialah pada 24 April 2015.

5. Pertanyaan mengenai Biasiswa Yang di-Pertuan Agong Sesi Pengajian 2015/2016 boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-88853546/3569/3331 pada setiap hari bekerja mulai jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang atau e-mel di alamat ldp@jpa.gov.my.

Iklan ini dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (SUMBER)

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN BIASISWA YANG DI-PERTUAN AGONG SESI PENGAJIAN 2015/2016 JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

Permohonan adalah dipelawa daripada semua warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon Biasiswa Yang di-Pertuan Agong Sesi Pengajian 2015/2016 bagi mengikuti pengajian di peringkat Sarjana dan Kedoktoran (Ph.D) di dalam dan luar negara. 

Pemohon-pemohon mestilah memenuhi syarat-syarat permohonan seperti berikut: 

Syarat-Syarat Umum Permohonan Program Biasiswa Yang di-Pertuan Agong Sesi Pengajian 2015/2016 
  1. Warganegara Malaysia. 
  2. Umur tidak melebihi 35 tahun pada tahun memulakan pengajian di universiti. 
Syarat-Syarat Khusus Pengajian di Peringkat Sarjana/ Kedoktoran
  1. Memiliki Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan pencapaian CGPA minimum 3.75 atau kelas pertama atau yang setaraf dengannya.
  2. Aktif dalam kegiatan ko-kurikulum atau aktiviti kemasyarakatan atau menghasilkan kerja-kerja kreatif dan inovatif. 
  3. Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mahir dalam lebih daripada satu bahasa antarabangsa. 
  4. Pemohon perlu mendapatkan tempat pengajian dalam bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi, Undang-undang dan Kewangan Islam di universiti penyelidikan tempatan seperti di LAMPIRAN B1 atau di 20 universiti universiti terkemuka dunia (Ivy League) mengikut Times Higher Education (THE), QS World University Ranking, Academic Ranking World Universities (ARWU), Barron's Profiles Of American Colleges atau manamana universiti berprestij lain yang dipersetujui oleh JPA. 
  5. Pengajian bagi peringkat Sarjana adalah secara mod penyelidikan atau mixed mode yang mewajibkan penyediaan kertas penyelidikan atau disertasi atau tesis.
(SUMBER dan SENARAI UNIVERSITI)



PANDUAN PERMOHONAN BIASISWA YANG DI-PERTUAN AGONG SESI PENGAJIAN 2015/2016 JABATAN PERKHIDMATAN AWAM 

1. Borang Permohonan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong Sesi Pengajian 2015/2016 hendaklah diisi secara dalam talian (on-line), dimuat turun, dicetak dan dihantar dengan tangan atau melalui pos ke alamat seperti yang ditetapkan.

2. Pemohon boleh mengemukakan permohonan on-line mulai jam 5.00 petang, 6 April 2015 sehingga tarikh tutup permohonan on-line pada 17 April 2015 dan tarikh akhir bagi mengemukakan borang permohonan iaitu pada 24 April 2015.

3. Pemohon hanya dibenarkan menghantar satu (1) permohonan sahaja.

4. Pemohon dikehendaki menghantar Kertas Cadangan Pengajian (Research Proposal) dalam Bahasa Malaysia untuk pengajian dalam negara atau Bahasa Inggeris bagi pengajian di luar negara. Panduan menulis cadangan penyelidikan/pengajian adalah seperti di LAMPIRAN D1.

5. Pemohon dikehendaki untuk menghantar salinan dokumen/ sijil-sijil yang telah diakui sah semasa mengemukakan permohonan. Dokumen/ sijil-sijil asal perlu dibawa semasa menghadiri temuduga.

6. Semua permohonan akan diproses selepas tarikh tutup permohonan. Hanya pemohon yang telah disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk menghadiri sesi temu duga. Keputusan pemohon yang berjaya disenarai pendek boleh disemak di portal www.jpa.gov.my mulai 18 Mei 2015.

7. Bagi pemohon yang terdiri daripada kakitangan perkhidmatan awam, pemohon hendaklah mengisi borang tambahan iaitu borang JPA(L)LDP 1B/96 (Pin.1/2003) dengan pengesahan markah LNPT bagi tahun 2012, 2013 dan 2014 oleh Ketua Jabatan.

8. Semua pemohon perlu memastikan ibu bapa pemohon tidak tersenarai dalam senarai hitam peminjam skim pinjaman pelajaran JPA dan tidak melanggar perjanjian dengan pihak Kerajaan. Sekiranya ini berlaku, pemohon tidak akan ditawarkan biasiswa.

9. Tiada sebarang rayuan akan diproses oleh Jabatan ini sekiranya pemohon gagal untuk disenarai pendek.

PERINGATAN PENTING

1. Sebarang pertanyaan mengenai permohonan Program Biasiswa Yang diPertuan Agong boleh dibuat dengan menghubungi Unit Pengurusan Penawaran Dalam Perkhidmatan di talian 03-88853546/3569/3331 pada setiap hari bekerja mulai jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang atau e-mel di alamat ldp@jpa.gov.my.

2. Tarikh tutup bagi permohonan on-line ialah pada 17 April 2015 dan tarikh akhir bagi mengemukakan borang permohonan ialah pada 24 April 2015.

3. Pemohon boleh menyemak keputusan panggilan temuduga pada 18 Mei 2015 melalui laman web JPA. Bagi pemohon yang berjaya dipanggil temu duga, surat panggilan temu duga akan dikeluarkan secara dalam talian (on-line) melalui laman web JPA dan pemohon hendaklah mencetak surat panggilan temu duga tersebut untuk dibawa semasa menghadiri temu duga.

Sunday, 5 April 2015

Cara RM180 Boleh Menjadi RM31,000

Berdasarkan kajian yand dibuat oleh Global Adult Tobacco Survey (GATS) Malaysia 2011 seorang perokok menghabiskan RM180 sebulan untuk merokok (Sinar Harian, 2012).

Jadi kalau perokok merokok untuk 10 tahun, perokok ini telah menghabiskan RM21,600 untuk rokok sahaja. RM21,600 satu nilai yg besar, tetapi jika perokok ini bijak dia boleh menggunakan RM180 ini untuk masuk ke ASB setiap bulan untuk 10 tahun. Dan ASB memberi pulangan 7.5% setahun (andaian)


Perokok ini tiada kesedaran kesihatan dan juga kewangan. Perokok ini tidak sedar akan penyakit yg bakal mereka hadapi.


Tapi anda kena DISIPLIN (kawal nafsu) untk semua ni. Kuasa gandaan dalam simpanan dalam masa 10 tahun.

Selain dari ASB anda boleh pilih Tabung Haji, Amanah Hartanah Bumiputera (AHB),

Biar Duit Bekerja Untuk Anda

Anda bekerja untuk duit. Tukarkan kepada duit bekerja untuk anda.

Nampak macam MLM atau skim cepat kaya. Tapi jangan risau perkongsian ini semua sah dari undang-undang. Apa itu duit bekerja untuk anda (duit beranak hasilkan duit lagi). Senang sahaja anda gunakan Amanah Saham Bumiputera (ASB) utk duit bekerja untuk anda. 

Umum sudah tahu ASN dibawah ASNB akan memberikan pulangan 7-8% setahun. Jadi dengan kuasa gandaan dalam simpanan duit boleh bertambah. Sama seperti dikongsikan oleh Ariff Shah dalam blog beliau:
  1. Simpan dalam amaun kecil (5-10%) daripada elaun/gaji bulanan dalam apa sahaja instrumen penyimpanan wang. (Panduan Menguruskan Wang)
  2. Jangan keluarkan atau jangan usik.
  3. Lepas 10 tahun, anda akan nampak konsep compaunding ni berkesan. Duit anda akan jadi berganda-ganda.
Sebagai contoh. Pada awal Januari anda telah masukkan RM1000 ke dalam ASB. Anda tidak mengeluarkan wang tersebut selama 10 tahun. Dan ASB telah memberikan pulangan 7.5% setahun (andaian).

Jadi dalam masa 10 tahun duit RM1000 tadi telah menjadi RM2061.03



Tapi anda kena DISIPLIN (kawal nafsu) untk semua ni.

Selain dari ASB anda boleh pilih Tabung Haji, Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) untuk jadikan duit bekerja untuk anda

*TIDAK PERLU MEMBUAT PINJAMAN !

Wednesday, 1 April 2015