Saturday 11 April 2015

Punca Graduan (Belia) Muflis Di Usia Muda

  1. Berbelanja mengikut kehendak. Gaya hidup di luar kemampuan sering menjadi punca utama masalah kewangan yang semakin meruncing dalam kalangan remaja.
  2. Kos sara hidup yg kian meningkat juga menjadi faktor utama masalah kewangan dalam kalangan mereka.
  3. Penggunaan kad kredit tanpa had. Kebanyakan kes yang berlaku disebabkan kegagalan membayar balik hutang kad kredit yang tinggi dan di luar kemampuan mereka.
  4. Perancangan kewangan yang lemah dan kurangnya pengetahuan mengenai pengurusan wang menjadi faktor utama masalah hutang.
  5. Hutang tambah hutang (buat pinjaman baru untuk menyelesaikan hutang lama).
Ketua Jabatan Pendidikan Kewangan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Mohd Adnan Anan Abdullah berkata ramai individu yang merujuk agensi itu untuk mendapatkan khidmat nasihat apabila tidak mampu menyelesaikan hutang akibat perbuatan itu.
    
"Sebagai contoh, graduan yang baru bekerja mendapat gaji RM2,000 sebulan dan membeli kereta dengan ansuran bulanan RM500 hingga RM600, tanpa mengambil kira kos lain yang perlu ditanggung seperti minyak, penyelenggaraan dan insurans. Jadi mereka akan guna kad kredit untuk tampung kos tersebut.
    
"Apabila hutang kad kredit meningkat, ada pula yang buat pinjaman peribadi ekspres yang mempunyai kadar faedah tinggi untuk selesaikan hutang kad kredit.

Inilah yang dikatakan 'gali lubang tutup lubang' yang akhirnya tiada kesudahan," katanya kepada Bernama.

2 comments: