Monday 6 July 2015

PTPTN DAN CCRIS

SOALAN 6: Kenapa PTPTN perlu menggunakan CCRIS?

Jawapan:

PTPTN berpendapat CCRIS perlu digunakan bagi mendidik peminjam, khususnya yang tidak pernah membuat bayaran bagi tempoh 3 – 10 tahun (1999 – 2010) supaya berdisiplin dalam membuat bayaran secara teratur. Ia juga akan meningkatkan dana pusingan bagi membiayai pelajar baharu di IPT. Kemerosotan dana akan menjejaskan peluang pelajar baharu meneruskan pengajian dan akan membantutkan usaha kerajaan untuk melahirkan lebih ramai mereka yang berpendidikan tinggi menjelang 2020. 

Antara tujuan penggunaan CCRIS ialah: 

i. Memberi kesedaran kepada peminjam PTPTN mengenai tanggungjawab untuk membuat bayaran balik. Adalah diharapkan agar peminjam yang tidak pernah membuat bayaran balik akan hadir/ tampil untuk berunding dengan PTPTN bagi menyelesaikan masalah tunggakan pinjaman mereka. 

ii. Berlaku adil kepada generasi peminjam yang akan datang (yang memerlukan pembiayaan PTPTN), peminjam yang melaksanakan pembayaran balik mereka dengan teratur (good paymaster) serta pembayar cukai. 

iii. Memupuk nilai murni mengenai disiplin membayar hutang serta meningkatkan kesedaran mengenai kesan-kesan negatif akibat daripada berhutang di luar kemampuan.

SOALAN 7 : Apakah tindakan yang telah diambil sebelum penggunaan CCRIS? 

Jawapan:
PTPTN telah melaksanakan berbagai kaedah untuk meningkatkan kutipan balik seperti: 

i. kempen kesedaran melalui media termasuk iklan nama peminjam dalam akhbar utama 
ii. taklimat semasa Majlis Agihan Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP) seminggu sebelum pelajar mendaftar di IPTA 
iii. taklimat bersama Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dan edaran buku pengurusan kewangan peribadi secara percuma untuk pelajar tahun akhir di IPTA 
iv. mempelbagaikan kemudahan bayaran balik pinjaman melalui semua bank utama (termasuk secara online) dan Pos Malaysia 
v. mendekatkan dengan masyarakat melalui pembukaan 25 cawangan di seluruh Negara. '
vi. Pemberian rebat 10% bagi pembayaran secara teratur mengikut jadual selama 12 bulan berturut-turut. 
vii. Pemberian diskaun 20% bagi penyelesaian hutang secara sekali gus. 
viii. mengenakan tindakan penguatkuasaan dan perundangan serta senarai hitam Jabatan Imigresen.


SOALAN 9: Bilakah CCRIS akan dikuatkuasakan oleh PTPTN? 

Jawapan:

 1 Januari 2015. 

SOALAN 10: Siapakah yang akan disenaraikan dalam CCRIS? 

Jawapan:
  
CCRIS akan dikenakan ke atas lebih 170,000 peminjam yang sehingga 1 Oktober 2014 tidak pernah membuat sebarang bayaran balik melebihi 3 tahun (mereka yang sepatutnya mula membayar balik mulai tahun 2010 dan sebelumnya). 


No comments:

Post a Comment