Monday 18 May 2015

PERMOHONAN PROGRAM IJAZAH DALAM NEGARA TAHUN 2015

Image result for jpa


PENGENALAN (SUMBER)

Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) merupakan penajaan kepada pelajar yang sedang mengikuti pengajian di peringkat Diploma dan Ijazah Pertama dalam pelbagai bidang yang ditetapkan. Penajaan peringkat Diploma dinamakan Program Diploma Dalam Negara (PDDN) manakala pengajian Peringkat Ijazah Pertama dinamakan Program Ijazah Dalam Negara (PIDN).

CALON YANG LAYAK MEMOHON

  1. Permohonan adalah dibuka kepada pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan Universiti Multimedia (MMU) yang telah melengkapkan sekurang-kurangnya satu (1) semester pengajian atau mempunyai baki tempoh pengajian tidak kurang dari satu (1) tahun di peringkat Ijazah Pertama. 
  2. Permohonan juga dibuka kepada pelajar IPTA dan Politeknik yang telah melengkapkan sekurang-kurangnya satu (1) semester pengajian atau mempunyai baki tempoh pengajian tidak kurang dari satu (1) tahun di peringkat Diploma.
Syarat –Syarat Permohonan Program Ijazah Dalam Negara

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Umur belum mencapai 25 tahun pada tarikh permohonan (26 tahun bagi pelajar peralihan);
  3. Mempunyai kesihatan yang baik;
  4. Memiliki Sijil Penuh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ SPMV;
  5. Memperolehi sekurang-kurangnya Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.30 dan setara dalam peperiksaan semester peringkat Ijazah Pertama; dan
  6. Telah melengkapkan sekurang-kurangnya satu (1) semester pengajian atau mempunyai baki tempoh pengajian tidak kurang dari satu (1) tahun.

Syarat- Syarat Permohonan Program Diploma Dalam Negara

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Umur belum mencapai 21 tahun pada tarikh permohonan (22 tahun bagi pelajar peralihan);
  3. Mempunyai kesihatan yang baik;
  4. Memiliki Sijil Penuh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ SPMV;
  5. Memperolehi sekurang-kurangnya Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.30 dan setara dalam peperiksaan semester peringkat Diploma; dan
  6. Telah melengkapkan sekurang-kurangya satu (1) semester pengajian atau mempunyai baki tempoh pengajian tidak kurang dari satu (1) tahun.