Friday 31 July 2015

Cara Daftar Haji






SYARAT-SYARAT PENDAFTARAN HAJI
  1. Pendeposit TH dengan baki minimum akaun TH sebanyak RM 1,300.00.
  2. Tiada rekod pendaftaran haji yang aktif.
  3. Pendaftaran haji tidak dibenarkan bagi mereka yang baru menunaikan ibadat haji dalam tempoh 5 tahun.
  4. Pendaftaran haji ahli KWSP boleh dilakukan dengan syarat berumur bawah 55 tahun.

SALURAN PENDAFTARAN HAJI
  1. Semua kaunter TH
  2. Kaunter Bank Islam dan Bank Rakyat
  3. Mesin ATM Maybank / Bank Islam
  4. Laman web :
    1. e-THiJARI
    2. www.maybank2u.com.my

KOS DAN BAYARAN HAJI
  1. Kos Haji merujuk kepada kos-kos langsung berkaitan pengendalian aktiviti-aktiviti asas jemaah haji yang perlu dikendali dan dibayar oleh TH bagi sesuatu tahun.
  2. Kos Haji langsung jemaah Muassasah terdiri daripada kos penerbangan, kos pengangkutan, kos penginapan di Makkah, Madinah dan Jeddah,kos makan minum dan bayaran kepada pihak berwajib di Arab Saudi, manakala Kos Haji langsung jemaah PJH/THTS adalah tidak termasuk kos penginapan dan kos makan minum yang dikendali sendiri oleh PJH/THTS.
  3. Bayaran Haji merujuk kepada sejumlah wang yang ditetapkan sebagai bayaran jemaah kepada TH untuk membolehkannya menunaikan haji bagi sesuatu tahun. Sebagai panduan, anggaran bayaran Haji bagi musim haji 1436H adalah seperti berikut:
JENIS JEMAAHKOS HAJI (RM)TANGGUNGAN KOS HAJI (RM)BAYARAN HAJI (RM)
MUASSASAH
warganegara belum tunai hajiRM17,270RM7,290RM9,980
warganegara telah tunai hajiRM17,270TiadaRM17,270

Selebih baca di SINI

Medical Id dalam Apps Health untuk pengguna iPhone

Anda pakai iPhone?

Buat Medical ID.

Jika berlaku kecemasan ahli keluarga anda boleh dihubungi jika phone anda lock.






Wednesday 29 July 2015

TAWARAN BIASISWA IPTA YAYASAN TENAGA NASIONAL

ytn

Bidang Pengajian

  1. Kejuruteraan Elektrik (Kuasa) 
  2. Kejuruteraan Mekanikal 
  3. Kejuruteraan Awam 
  4. Perakaunan   
Syarat Kelayakan
  1. Lulus STPM 2014 dengan mencapai sekurang-kurangnya CGPA / PNGK 3.50 atau  
  2. Lulus Diploma / Matrikulasi / Asas 2015 dengan mencapai sekurang-kurangnya CGPA / PNGK 3.50 
  3. Berumur tidak melebihi 22 tahun sebelum atau pada 31/12/2015 
  4. Aktif dalam kegiatan ko-kurikulum  
  5. Mempunyai keperibadian dan ciri kepimpinan yang tinggi 
  6. Tiada adik-beradik yang sedang menerima tajaan Biasiswa dari YTN  
  7. Khusus untuk pelajar kemasukan baru Semester Pertama tahun 2015 yang telah mendapat tempat di IPTA 
Cara Memohon


Permohonan perlu dibuat secara “on-line” mulai 22 Julai 2015 (Rabu) melalui laman web seperti berikut:   
  1. http://yayasan.tnb.com.my/sam (permohonan melalui network di luar TNB)
  2. http://yayasan.hq.tnb.com.my/sam (permohonan melalui komputer di premis TNB)    
Tarikh Tutup Permohonan
  1. Tarikh tutup permohonan secara “on-line” adalah pada 28 Ogos 2015 (Jumaat).  
  2. Permohonan yang tidak lengkap, tidak tepat atau lewat diterima tidak akan dipertimbangkan. 
  3. Senarai calon yang berjaya untuk di temuduga akan dipaparkan di laman web seperti yang tertera di atas, dijangka pada 7 September 2015 (Isnin). 
  4. Permohonan yang tidak mendapat sebarang jawapan/ maklumbalas dalam tempoh Tiga (3) bulan selepas tarikh tutup permohonan, adalah dianggap tidak berjaya.  

Monday 27 July 2015

‪#‎SCAM‬ PROGRAM EMAS SONTOT

Libas 8


100g Kontra RM4500

Bulan Pertama = RM2000
Bulan Kedua = RM2000
Bulan Ketiga = RM2000
Bulan Keempat = RM2000
Bulan Kelima = RM2000

*keuntungan yang tidak masuk akal

Guna tagline dengan imej Islam:
1. Tolong Orang Melayu
2. Business Emas Islam

Ramai percaya ramai buat loan (debt) masuk. Libas 8 dihentikan, owner syarikat kata ada RIba. Janji nak pulangkan duit, sampai sekarang tak pulangkan duit.

Berapa banyak boleh untung jika duit di rolling dalam masa setahun. Wow boleh kaya.

Mangsa kena bayar loan bank, mungkin muflis.

Sedarlah wahai Melayu

Menjadi Ahli Koperasi Bank Rakyat

Pada tahun 2012 Bank Rakyat ada membuka tambahan 1,000,000,000 saham. Mereka yang berminat boleh menjadi ahli dengan RM500 sahaja. Jika ingin menambah saham mereka boleh memohon (tertakluk kepada kouta dan kelulusan).

Setahun sebelum itu saya ada email sendiri ke Jabatan Pengurusan Keanggotan Bank Rakyat bertanya bagaimana mahu menjadi ahli (ini selepas saya membuat carian yang Bank Rakyat memberi dividen yang tinggi). Pada ketika itu ada 55,000 orang dalam senarai menunggu untuk menjadi ahli. 55,000 orang berminat dengan kadar dividen yang agak tinggi. Saya telah masuk ke waiting list.


Jadi dengan penambahan saham, saya telah mengambil kesempatan untuk membuka (tunggu di Bank Rakyat) dan berjaya juga untuk menjadi ahli. Dan pada tahun yang sama juga email 2011 saya telah berjaya dapat tambah saham lagi.

Walaupun RM500 agak sikit tapi dengan dividen tunai 15% boleh dapat RM75 (dikredit ke akaun Bank Rakyat) tapi sebab ada penambahan saham dapat lah lebih dari RM75. Dividen ada dua; Dividen Tunai (kredit ke akaun) dan Dividen Saham (penambaham amaun saham) yang ini lebih bagus sebab saham bertambah menyebabkan dividen tunai juga bertambah.
  1. Dividen Bank Rakyat 2014 : 15%
  2. Dividen Bank Rakyat 1997 - 2013
  3. Saham Bank Rakyat

Thursday 23 July 2015

Cara bayar PTPTN

Semak Hutang PTPTN



Kaedah Bayaran Balik

  1. Kaunter 
  2. Potongan Gaji 
  3. Perbankan Internet 
  4. EDC Terminat 
  5. Portal Rasmi PTPTN 
  6. KWSP Akaun II 

1. Kaunter

  1. Pejabat PTPTN Negeri / Cawangan
  2. Ibu Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) 
  3. Bank Islam 
  4. CIMB Bank 
  5. Bank Simpanan Nasional 
  6. Bank Rakyat 
  7. Pos Malaysia 
  8. Affin Islamic Bank 

2. Potongan Gaji


3. Perbankan Internet
  1. CIMB Bank
  2. Maybank
  3. Public Bank
  4. RHB Bank
  5. Ambank
  6. Pos Online
  7. Bank Islam
  8. Bank Rakyat
  9. Bank Simpanan Nasional
  10. Agrobank
  11. Affin Bank (Affin Islamic Bank)

4. Portal Rasmi PTPTN

Bayaran melalui e-FES boleh dibuat menggunakan bank berikut:
  1. Bank Islam 
  2. CIMB Bank 
  3. Public Bank 
  4. Maybank 
  5. Hong Leong Bank 
  6. RHB Bank 
5. EDC Terminal
  1. Bayaran tanpa tunai menggunakan Kad ATM/Debit bank-bank tempatan yang mempunyai logo MEPS 
  2. Semua kaunter dan kiosk/mobile PTPTN 
Sumber : 

Wednesday 15 July 2015

SAYA FAIZUL RIDZUAN

NAMA SAYA FAIZUL RIDZUAN DAN SAYA SEDIH TENGOK GRADUAN SEKARANG.

.

Salam semua. Baru-baru ni saya tengok ramai yang kongsikan kisah graduan berumur 23 tahun yang menceritakan kisah sedih beliau yang bagaimana graduan sekarang adalah umpama pengemis. Saya tak menyokong atau pun mengkritik beliau sebab saya rasa rintihan beliau adalah rintihan orang muda yang masih belum faham realiti kehidupan. 
.
Memandangkan beliau berumur 23 tahun skrg, saya nak ceritakan sikit apa yang saya ada ketika berumur 23 tahun (tahun 2004) :
.
1. Saya baru graduate dari University Malaya dalam jurusan software engineering. Saya bekerja di Starbucks sejak tahun 1999 sehingga 2004 untuk mencari wang poket. Boleh lah dapat gaji RM800 hingga RM1000 sebulan, cukup untuk bayar motor skuter saya, makan minum dan duit untuk dating dgn ex-GF seminggu sekali. 
.
2. Saya beli motor skuter waktu belajar guna duit saya dapat dari p/time pembancuh kopi. Itulah kenderaan rasmi saya setiap hari. Keluarga saya tak mampu nak beri saya kereta walaupun sambung bayar. Jadi Saudari Z, anda lebih bertuah dari saya. At least bapa anda mampu bagi kereta untuk anda pakai. 
.
3. Waktu itu adalah zaman gawat dalam undustri IT di Malaysia. Berpuluh ribu graduan IT dan komputer sains yang dilahirkan setiap tahun tetapi pekerjaan yang ada mmg terhad. Ini disebabkan kerana dotcom bubble di USA pada tahun 2001/2002 yang menyebabkan banyak syarikat dalam industri ini tutup kedai. Kerja pertama yang saya dapat sebagai programmer, gaji yang ditawarkan cuma RM600 sebulan + penginapan disediakan. 
.
4. Bayangkan, gaji pertama saya dalam indusri ini selepas belajar 4 tahun di university yang di-iktiraf lebih rendah dari gaji saya sebagai pembancuh kopi di Starbucks. Saya tak berani nak komplen pun sebab ada ramai lagi graduan yang kerja pun tiada.
.
5. Selepas setahun dalam industri IT, saya putuskan saya nak belajar berniaga sebab nak ubah nasib. Tetapi disebabkan tiada modal, saya putuskan untuk bekerja dulu dan kumpul modal. Tapi saya putuskan yang semua pekerjaan yang saya pilih mesti berikan saya ilmu dan ajaran untuk jadi seorang peniaga yang berjaya. Kesimpulannya, saya tak akan ambil apa-apa pekerjaan semata-mata kerana gaji.
.
6. Pekerjaan pertama yang saya pilih selepas buat keputusan ini, adalah sebagai jurujual kad kredit. Saya pilih pekerjaan ini kerana saya nak belajar menjual, dan teknik jualan adalah perkara asas kalau nak jadi peniaga yang berjaya. Gaji basic saya adalah RM0, sebab saya cuma dibayar komisyen 100%. Kalau saya gagal jual apa-apa, saya akan makan pasir bulan itu. Saya seumpama dicampak dalam air dan kena belajar berenang secepat mungkin sebelum mati tenggelam. 
.
7. Jurujual kredit kad Ini pekerjaan yang anda tak perlukan SPM untuk diterima. Ibu saya cukup risau tapi beliau still merestui keputusan saya. Ayah saya berpendapat ini pekerjaan untuk orang yang tiada pendidikan, dan saya seumpama membuang ijazah yang saya berusaha 4.5 tahun untuk dapat. (matrikulasi dan tambahan 1 semester). Sebulan beliau tidak berbicara dgn saya sebab dia kecewa dengan pilihan saya. Ramai kawan-kawan beranggapan saya sudah hilang akal. Tiada seorang pun rakan dan ahli keluarga saya yang berikan sokongan penuh, mungkin sebab mereka risau. Cuma Ex-girlfren saya beri sokongan penuh walaupun beiiau kurang faham. (Hari ini, ex-GF dah naik pangkat jadi isteri). 
Waktu itu, memang rasa seperti kita berseorangan dalam dunia yang besar. 
.
8. Hari pertama saya bekerja, saya dihantar ke stesen minyak BhP di Shah Alam untuk jual kredit card kepada orang yang sedang mengisi minyak. Saya menggigil bila berjumpa prospek. Saya baca dari kertas skrip jualan saya sebab masih tak hafal. Sebelum ni hanya tahu berbicara dengan komputer, sekarang saya kena berbicara dgn manusia lain dan buat pekerjaan yang saya langsung tiada kepakaran. 
.
9. Bulan pertama saya jadi jurujual, alhamdulillah saya dapat jadi top-3 dalam jualan. Saya pun terperanjat sebab saya sendiri tak sangka boleh buat dan dapat top-3 secepat ini. Saya rasa nekad saya membuang ijazah untuk cuba bidang baru buat saya lebih berusaha sebab saya nak buktikan kepada mereka yang tak sokong saya dan menghina saya yang saya boleh buat benda ni dan dapatkan pendapatan yang melebihi apa yang saya pernah dapat. Majoriti rakan-rakan seperjuangan saya pulak orang cina, dan diorang memang sangat berusaha. Jadi saya dapat belajar dari mereka macammana nak tinggikan work-ethic, tingkatkan EQ dan tingkatkan skill komunikasi saya. Saya fikir sebab niat saya elok dan nak cari duit halal, Allah SWT banyak tolong permudahkan. Alhamdulillah, pendapatan saya tak pernah kurang dari RM2000 sebulan. Ini kejayaan kecil saya yang pertama.
.
10. Selepas hampir setahun, saya ditawarkan bekerja dalam bank pula sebagai management trainee. Saya dah mahir menjual dan berbicara ( bahasa inggeris saya ada slang amerika ) , dan saya rasa pekerjaan ini berikan saya peluang yang baik untuk belajar ilmu duit dan macammana sistem perbankan kita berfungsi bila saya berniaga kelak. 
.
11. Mereka hanya ambil 20 calon daripada hampir 1000 calon yang apply. Bila waktu interview ada 2 jabatan yang memilih. Saya dianggap tak layak untuk masuk ke jabatan perbankan-korporat, tetapi Pn Z di Consumer Banking pilih saya sebab saya ada attitude dan semangat yang positive. Dan masuk hari pertama, saya dapati yang majoriti dari mereka yang dipilih semunya graduan universiti luar negara, dengan keputusan yang hebat. Sekali lagi, saya bermula dari kosong dalam pekerjaan yang saya langsung tiada pengalaman atau kepakaran, dan kena bertarung dengan 19 calon lain yang lebih berkelayakan dan lebih bijak dari saya untuk dapatkan jawatan tetap selepas satu tahun. Tapi sebab saya dah ada pengalaman dan keyakinan selepas berjaya menjadi penjual kredit kad, saya positif yang saya boleh gunakan EQ saya untuk berjaya dalam bidang ini. Gaji tetap saya dalam posisi ini RM2500 sebulan. 
.
12. Sebagai management trainee, memang standard la kalau kita disuruh buat kerja kuli dan kerja yang tak berapa penting. Ramai rakan-rakan saya yang hari hari waktu makan akan komplen sebab boss mereka bagi kerja yang tak penting. Saya hanya diam dan bersyukur sebab masalah-masalah ini JAUH LEBIH MUDAH berbanding dgn waktu saya jual kredit kad. Waktu jual kad kredit, kalau saya gagal jual, saya tak makan. Di sini, saya tak perlu jual apa-apa pun masih dibayar gaji penuh. Jadi attitud saya mmg sgt positif sebab bagi kerja ini sgt mudah. Saya tak pernah komplen, dan saya akan buat apa yang diminta dan saya akan tambahkan sikit lagi. ( Extra 10% effort). 
.
13. Masalah? Memang ada kalau betul saya nak jadikan issue. Di dalam bidang perbankan, orang Melayu dan orang Islam adalah minoriti. Saya pernah ada rakan sekerja yang berkata “Ini bank Cina, orang melayu tak patut kerja di sini”. Tapi saya ada beratus lagi rakan sekerja berbangsa Cina yang sgt baik. Takkan sebab seorang bangsat saya nak kena salahkan seluruh bangsa dan biarkan orang bangsat ni rosakkan hari saya? 
.
14. Saya juga pernah dapat 1 boss yang sentiasa mahu makan makanan tak-halal dalam lunch yang dibuat untuk jabatan. Sebab itu lunch untuk jabatan (department) saya ikut sahaja, dan saya tak perlu makan. Bila ditanya, saya cakap saya dah makan kenyang pagi tadi. Saya tak marah sebab saya seorang sahaja yang tak boleh makan benda tak halal, dan kalau majoriti yang nak makan, saya biarkan. Kita tak perlu makan. Tapi hanya boss ini sahaja yang macam tu, rakan sekerja dan boss lain semunya sgt baik dan selalu join saya makan benda halal yang boleh saya makan. Malah kalau nak diikutkan, 90% mereka akan teman saya makan benda halal sebab diorang tak kisah. Kadang-kadang saya pulak rasa bersalah sebab diorang tak boleh nak makan benda yang mereka nak makan semata-mata untuk temankan saya. 
.
15. Dengan gaji RM3000 sebulan, saya boleh menyimpan lebih RM1300 sebulan sbb saya naik moto dan duduk dgn keluarga. Tak sampai setahun saya bekerja di bank dan s, saya dapat beli rumah pertama, tanpa pakai duit. Saya belajar ilmu hartanah 2 tahun sebelum beli. Rumah pertama saya beli adalah kondo di Kelana Jaya berharga RM140,000. Rumah landed? Memang tak mampu la tapi saya bersyukur sebab umur 25 tahun dah boleh beli rumah. Zaman ibu-bapa saya, jarang boleh jumpa orang boleh beli rumah sebelum umur 35 tahun. Saya masih naik motor waktu ini. 
.
16. Selepas kerja 3 tahun di bank saya ditawarkan bekerja disyarikat MNC lain sebagai “Businesss Development Specialist” oleh ex-boss saya yang dulunya bekerja di bank yang sama. Beliau tgk saya boleh buat kerja, so bila ada opening di syarikat baru dan beliau perlukan pekerja yang rajin, beliau cari saya. Beliau orang Cina. Saya engaja highlight bangsa beliau sebab ramai orang komplen yang orang cina tidak akan bagi peluang pada orang Melayu. Memang ada minoriti kecil yang rasis, tapi bukan semua. Orang melayu pun ada yang macam tu kan?
. 
17. Saya diinterview 4 kali sebab jawatan yang diberikan itu, biasanya untuk orang yang berumur 30 tahun ke atas. Jawatan iddle manager. Kalau saya dapat, saya akan jadi orang plg muda di seluruh asia pasifik yang memegang jawatan itu. Mereka ambil saya sebab saya cerita kisah saya dari A-Z dan mereka ambil saya sebab mereka suka attitude saya. Saya tiada pengalaman menjaga 50 orang dan buat korporat sales tetapi saya diambil sebab attitude saya betul. Gaji saya mereka naikkan dari RM3300 sebulan ke RM9000. Tak sampai 4 tahun lepas saya berkerja jual kredit kad tanpa gaji tetap. Sekarang dapat RM9000 sebulan. Saya syukur lagi banyak sebab rezeki saya Allah yang bagi. 
.
18. Tahun yang sama, saya melangsungkan perkahwinan. Belanja hampir RM30,000, satu sen pun saya tak hutang. Masih naik motor tapi dah beli 4 bijik hartanah sebelum nikah.
.
19. Saya kerja di syarikat ini hampir 5 tahun, sampai gaji berbelas ribu. Gaji dah naik sampai 11 ribu, baru beli kereta RM75,000. Second hand je. Graduan sekarang? Baru gaji RM2500 dah menggelupur nak beli Honda City dan VIos.
Saya berhenti kerja tahun 2013 untuk kejar impian saya, buat bisnes konsulting hartanah pertama kat Malaysia. Saya dah puas bekerja dengan orang, saya nak berniaga sbb itu impian saya. Tinggalkan gaji berbelas ribu. Tak ramai orang yang akan ambil jalan yang saya pilih untuk bermula dari kosong bila dah ada gaji berbelas ribu, hartanah dah beli lebih dari 20 puluh.
.
20 Seminar yang saya buat memang muhibah, semua bangsa dan agama datang belajar. Saya sengaja buat seminar dalam bahasa inggeris sbb majoriti ilmu pelaburan dan informasi dalam bahasa inggeris. Saya cukup bangga sebab seminar saya 1Malaysia untuk orang yang rajin nak timba ilmu. Orang malas saya memang benci, tak kira bangsa apa.
.
21. Bila saya buka FAR Capital Sdn Bhd, sekali lagi saya diberitahu yang saya tidak akan ada orang yang sanggup bayar beribu untuk dapatkan nasihatkan pelaburan. Saya kurang bersetuju sebab hanya orang yang tak faham kepentingan masa dan kos kesilapan akan cakap fee saya mahal. Ramai client FAR Capital cakap fee saya murah sebab mereka faham kelebihan yang mereka dapat bila mereka jadi klien saya. Dan bukan susah untuk saya buat balik 5-10 kali ganda keuntungan berbanding dengan apa yang mereka bayar saya. 
.
22. Masa saya sekarang bernilai beratus untuk setiap jam, dan ada yang sanggup bayar beribu sejam untuk dengar pendapat saya. Tapi peningktirafan paling besar saya dapat ialah bila saya diberi kepercayaan untuk membentangkan proposal berkaitan perumahan kepada Perdana Menteri Malaysia ( 100% tiada kaitan dgn 1MDB). Saya tak dibayar apa-apa bila saya dipanggil utk kongsikan kepakaran saya, tapi saya cuba sebaik boleh sebab bagi saya ini sgt penting. Ada cadangan yang saya bentangkan saya tgk telah diimplikasikan dalam Budget 2015. Saya bersyukur diberi peluang berbakti balik kepada negara gunakan kepakaran saya dalam bidang. Kalau saya dipanggil balik beratus kali pun saya akan buat secara PERCUMA sebab saya nak berbakti balik kepada negara saya. Saya tak perlu dibayar dan saya pun takkan minta projek sebab ini bukan saluran rezeki yang saya nak. 
.
Dah berjela saya ceritakan pengalaman hidup saya. Kalau saya boleh ringkaskan pengalaman dan pendapat saya :
.
a. Kalau nak berjaya EQ kena tinggi. Banyak orang berjaya lain saya tengok bukan sebab mereka pandai, tetapi mereka punya attitud yang sangat positif dan susah nak putus asa. 
.
b. Kena usaha cari ilmu. Bila ada ilmu, duit insyaAllah akan confirm datang. Fikir jangka-masa panjang. 
.
c. Kena fikir international, dan english kena bagus kalau nak berjaya dalam karier atau business. Orang tak peduli kalau anda petah berpidato waktu university kalau nak jawab soalan waktu interview pun tergagap-gagap. 
. 
d. Jangan takut nak buat benda baru. Saya bermula sebagai programmer, leaps tu buat sales, jadi manager di bank, buat korporate sales dan sekarang berniaga. If you dont like where you are today, just move. You are not a tree.
.
e. Jangan harapkan bantuan kerajaan untuk berjaya. Paling penting kita sendiri kena usaha keras. Kena sanggup kerja sampai pagi, kena travel keluar negara bila diperlukan. Orang yang gaji berbelas ribu tak balik kerja tepat 5.30 ptg. Mereka balik lepas kerja dah siap.
.
f. Ijazah anda atau apa-apa kelulusan anda hanya permulaan. Macam bila anda masuk maraton, anda kena bayar duit untuk masuk. Ijazah anda adalah duit tu. Semua org pun ada ijazah sekrang ni, so ia takkan beri anda apa-apa kelebihan. Macammana anda habiskan maraton tu yang penting. Maraton karier anda adalah sampai umur anda 55-60 tahun. Kalau anda bermula perlahan, no problem. Gaji saya cuma RM600 bila bermula kerja, dan bila saya berenti berbelas ribu, semuanya tak sampai pun 10 tahun. So kat mana kita mula tak penting, yang penting kita postif dan usaha keras. 
.
g. Semua benda boleh jadi issue kalau anda nak jadikan issue. Boss jahat, rakan sekerja minum depan anda waktu puasa pun anda akan jadikan issue. Orang nak berjaya, kena selesaikan issue besar. Kalau orang minum depan anda yang berpuasa pun anda boleh jadikan issue, maaflah saya boleh cakap sekarang anda memang susah nak berjaya sebab masalh kecil macam ni pun akan ambil banyak masa anda. 
.
h. Belajar melabur dan ilmu duit. Macammana anda gunakan duit anda akan membentuk masa depan anda. Kalau saya mula pakai kereta vios tahun 2005, saya takkan dapat capai apa yang saya dapat hari ini. 
.
Agak-agak korang, kalau saya putus asa waktu umur saya 23 tahun dan mengadu dan menangis teresak-esak pada TPM sekalipun, hidup saya akan berubah tak?

_______________________________________________________________
Salam semua. Tak sangka tulisan saya sudah dapat lebih 1000 share. Ada yang menyokong, dan ada yang mengecam. Paling best ada yang labelkan saya ebagai Qarun moden, riak+berlagak dan ada yang minta saya tunjukkan semua benda elok yang pernah saya buat sedangkan kita digalakkan buat kebajikan secara senyap. 
upset emoticon


.
Masa saya mahal dan saya tiada masa nak menjawab beratus komen anda secara individu, jadi saya rumuskan jawapan saya kepada 2 yang berikut :
.
- Kepada yang faham dan sharekan post ini untuk pelajaran orang lain, saya nak ucapkan tahniah. Sebab mentaliti kita sama. Teruskan usaha dan saya doakan kejayaan anda dunia dan akhirat. 
like emoticon

.
Kepada yang mengecam, menuduh dan beri beribu alasan kenapa bangsa lain / Z****/ GST / Menteri / kerajaan / penjual henfon OPPO / Yahudi / bangsa lain / Faizul Ridzuan @ Qarun / atau apa-apa alasan baru yang menyebabkan korang tidak atau kurang berjaya, saya ucapkan takziah kepada anda dan saya doakan anda berubah sebab terus terang saya tak pernah berjumpa orang yang berjaya dalam hidup tapi kuat beri alasan. 
.
- Kepada yang terasa saya cuba nak mengkritik, saya minta anda lapangkan fikiran dan cuba fahamkan mesej yang saya nak sampaikan. Saya pun pernah susah macam anda, dan saya tahu tiada orang/kerajaan yang akan tolong saya kecuali saya bantu diri sendiri dulu.

Selamat bersahur, subuh dan selamat berpuasa ^^


Sumber : Facebook

Tuesday 14 July 2015

Tips Berjimat Syawal

Sumber: EDtv


  1. Belanja utk Syawal sekadar ikut kemampuan kita.
  2. Umum sudah tahu Gaji Penjawat Awam masuk awal, selesaikan komitmen mana yg patut dulu.
  3. Elakkan melaram raya untuk kereta, berhias dengan penuh riak depan sanak saudara. 
  4. Jangan meminjam wang untuk raya ke kampung.
  5. Tak perlu beli yang baru, yang lama pun sudah memadai.
  6. Kuih / kek raya buat sendiri, buat lebih bagi sikit jiran. Dapat Pahala.
  7. Hadir semua Rumah Terbuka yang ada.
  8. Buat lah Rumah Terbuka juga dengan menu ala kadar. Hidangkan nasi goreng kuali.
  9. Rebut peluang diskaun Toll dari Plus. (Pada 13, 14, 15, 21, 22, 23 Julai), untuk pengguna Kad PLUSMiles, kad Touch ‘n Go atau SmartTAG.
  10. Bawa bekal pulang ke Kampung. Juadah Hari Raya makan di RnR, tak perlu beli di RnR.

Monday 6 July 2015

PTPTN DAN CCRIS

SOALAN 6: Kenapa PTPTN perlu menggunakan CCRIS?

Jawapan:

PTPTN berpendapat CCRIS perlu digunakan bagi mendidik peminjam, khususnya yang tidak pernah membuat bayaran bagi tempoh 3 – 10 tahun (1999 – 2010) supaya berdisiplin dalam membuat bayaran secara teratur. Ia juga akan meningkatkan dana pusingan bagi membiayai pelajar baharu di IPT. Kemerosotan dana akan menjejaskan peluang pelajar baharu meneruskan pengajian dan akan membantutkan usaha kerajaan untuk melahirkan lebih ramai mereka yang berpendidikan tinggi menjelang 2020. 

Antara tujuan penggunaan CCRIS ialah: 

i. Memberi kesedaran kepada peminjam PTPTN mengenai tanggungjawab untuk membuat bayaran balik. Adalah diharapkan agar peminjam yang tidak pernah membuat bayaran balik akan hadir/ tampil untuk berunding dengan PTPTN bagi menyelesaikan masalah tunggakan pinjaman mereka. 

ii. Berlaku adil kepada generasi peminjam yang akan datang (yang memerlukan pembiayaan PTPTN), peminjam yang melaksanakan pembayaran balik mereka dengan teratur (good paymaster) serta pembayar cukai. 

iii. Memupuk nilai murni mengenai disiplin membayar hutang serta meningkatkan kesedaran mengenai kesan-kesan negatif akibat daripada berhutang di luar kemampuan.

SOALAN 7 : Apakah tindakan yang telah diambil sebelum penggunaan CCRIS? 

Jawapan:
PTPTN telah melaksanakan berbagai kaedah untuk meningkatkan kutipan balik seperti: 

i. kempen kesedaran melalui media termasuk iklan nama peminjam dalam akhbar utama 
ii. taklimat semasa Majlis Agihan Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP) seminggu sebelum pelajar mendaftar di IPTA 
iii. taklimat bersama Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dan edaran buku pengurusan kewangan peribadi secara percuma untuk pelajar tahun akhir di IPTA 
iv. mempelbagaikan kemudahan bayaran balik pinjaman melalui semua bank utama (termasuk secara online) dan Pos Malaysia 
v. mendekatkan dengan masyarakat melalui pembukaan 25 cawangan di seluruh Negara. '
vi. Pemberian rebat 10% bagi pembayaran secara teratur mengikut jadual selama 12 bulan berturut-turut. 
vii. Pemberian diskaun 20% bagi penyelesaian hutang secara sekali gus. 
viii. mengenakan tindakan penguatkuasaan dan perundangan serta senarai hitam Jabatan Imigresen.


SOALAN 9: Bilakah CCRIS akan dikuatkuasakan oleh PTPTN? 

Jawapan:

 1 Januari 2015. 

SOALAN 10: Siapakah yang akan disenaraikan dalam CCRIS? 

Jawapan:
  
CCRIS akan dikenakan ke atas lebih 170,000 peminjam yang sehingga 1 Oktober 2014 tidak pernah membuat sebarang bayaran balik melebihi 3 tahun (mereka yang sepatutnya mula membayar balik mulai tahun 2010 dan sebelumnya). 


Friday 3 July 2015

Senarai Lokasi ATM Duit Raya Maybank


  1. 16 ATM mengeluarkan wang kertas RM10
  2. Maksima pengeluaran RM300 sekali pengeluaran
  3. 1 Julai - 19 Julai 2015